Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Berpuluh-puluh rakyat Yaman terkorban dalam serangan pakatan 10 negara yang dikepalai Arab Saudi ke atas Sana'a malam tadi.
30 jet UAE, 15 Kuwait, 6 Maghribi termasuk kapal-kapal perang Mesir serta Pakistan dilaporkan terlibat secara langsung dalam serangan ini.
Sumber keselamatan tempatan memaklumkan lebih 18 orang terkorban manakala 24 yang lain cedera.
Sementara itu pejabat gerakan al-Houthi di wilayah Jeraf, Sana'a turut dilaporkan musnah dalam serangan bom tersebut.
Sementara itu, pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus mengeluarkan jasad-jasad yang masih terperangkap dalam runtuhan rumah flat al-Nasr, penempatan penduduk berhampiran dengan lapangan terbang yang musnah digempur malam tadi.
Arab Saudi menamakan operasi tesebut sebagai "taufan muktamad" dan menganggap pencapaian gerakan Houthi dalam memiliki roket balistik dan kekuatan tentera udara sebagai masalah keselamatan serantau.
Duta Saudi ke Amerika, Adil Jabbari menjelaskan perang ke atas Houthi berkata, "Kempen ketenteraan sentiasa dipilih sebagai jalan terakhir. Kesimpulannya kami mengambil keputusan ini tanpa cenderung ke mana-mana pihak."
Tambahnya lagi, pihak Saudi cuba mencegah kekuasaan Houthi ke atas Sana'a dengan membentuk pakatan dari 10 buah negara Arab.
Hingga kini, antara negara-negara yang secara rasmi bersubahat dalam pakatan tersebut ialah UAE, Kuwait, Bahdain dan Qatar.
Dalam masa yang sama Amerika memaklumkan pihaknya akan membantu dari segi maklumat untuk kempen perang tersebut walaupun tidak akan terlibat secara langsung.
Sebagai reaksi, Jawatankuasa Tertinggi Revolusi Yaman meminta rakyatnya keluar berdemonstrasi sebagai jawapan balas terhadap serangan tidak berperi kemanusiaan tersebut.
Para pemimpin Ansarullah pula berjanji untuk membalas serangan tersebut tanpa menyebut taktik yang akan digunakan mereka.
Televisyen al-Masirah Yaman mendedahkan pihak Saudi akan menyaksikan siapakan yang akan memenangi peperangan tersebut dalam tempoh beberapa jam lagi. Menurut televisyen tersebut, negara-negara yang turut serta membantu Saudi tidak mempunyai maruah dan identiti.
Al-Masirah turut mendakwa, askar Saudi sedang memasang sistem untuk menyerang kedudukan lapangan terbang tentera Yaman bagi melemahkan pasukan pertahanan Yaman.
Sumber tersebut memberi amaran kempen Saudi ini akan menyeret rantau tersebut ke dalam peperangan sepanjang 1900 kilometer.
Tegas al-Masirah lagi, pencerobohan Arab Saudi merupakan manifestasi kekecewaan dan kekalahan yang realistik.






















